Friday, June 27, 2008

Pelajaran dari kes Selangor dan Pulau Pinang

Para pembaca budiman.

Ini adalah tulisan pertama saya dalam alam siber ini khasnya sebagai blogger. Saya memilih untuk menamakan blog ini Politik Malaysia kerana kecenderungan dan pengalaman saya sedikit sebanyak dalam bidang ini.

Untuk tulisan yang pertama ini, saya tertarik dengan apa yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang sekarang. Ia sebenarnya banyak mewarnakan politik Malaysia kini.

Dalam kes di Selangor, saya secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim atas sikap berani dan tegasnya. Kata orang tindakan beliau itu without fear or favour.

Ini merujuk kepada tindakan beliau menggantung Pegawai Khas beliau Yahaya Shaari selama dua bulan selepas Yahaya disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah atas tuduhan salah guna kuasa. Bagi saya ini tidakan berani dari Khalid dan dibuat tanpa takut akan implikasi politiknya.

Tindakan ini dibuat selari dengan amalan biasa dalam dunia korporat yang mana Khalid terdidik dengannya. Maknanya, style tindakan Khalid nampaknya seumpama tindakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam sebuah syarikat korporat berbanding dengan tindakan seorang Menteri Besar kepada sebuah kerajaan negeri yang mesti banyak membuat rujukan kepada pimpinan kerajaan negeri yang lain dan parti sebelum bertindak.

Maknanya, dalam dunia korporat, hire and fire adalah kuasa mutlak CEO tetapi berbeza dengan dengan dunia pentadbiran kerajaan negeri.

Namun begitu, bagi saya Khalid tidak wajar berbuat demikian. Sebagai MB, Khalid perlu bertindak sebagai seorang MB bukan seumpama seorang CEO. Sebagai MB, Khalid perlu merujuk kepada rakan-rakan dalam barisan Exconya serta juga rakan-rakan pimpinannya dalam PKR di samping parti-parti dalam Pakatan sebelum mengambil sebarang tindakan. Apatah lagi Yahaya adalah Setiausaha Perhubungan PKR Negeri. Dalam pilihan raya lalu pula Yahaya adalah Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor.

Apabila Khalid bertindak seumpama seorang CEO, inilah hasilnya. Perkara yang sepatutnya kecil dan positif kini menjadi kecoh kerana implikasi politik dari tindakannya itu. Sebab itu, seorang pemimpin kanan dalam PKR, iaitu Dr Badrul Amin Baharun juga melahirkan kesal dengan tindakan Khalid, bukan setakat Yahaya sahaja. Badrul Amin tidak puashati dengan perlantikan ahli-ahli majlis kerajaan tempatan di Selangor.

Kes Pulau Pinang

Dalam kes Pulau Pinang pula, saya sependapat dengan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dalam kepentingan menjaga alam sekitar. Semua pihak, bukan Lim Guan Eng sahaja sensitif dengan tindakan kerajaan negeri Kedah untuk mengambil balak di dalam kawasan tadahan air di negeri itu.
Namun demikian, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng tidaklah boleh menyerang Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak begitu sahaja tanpa merujuk dan secara yang berlapik.

Apatah lagi alasan yang dibuat oleh Lim Guan Eng ketika menyerang Azizan adalah MB Kedah itu mengambil syarikat pembalakan dari Sarawak yang baik dengan kerajaan BN. Kalau begitu apa bezanya tindakan Lim Guan Eng di Pulau Pinang melantik seorang pemimpin Gerakan mengetuai sebuah syarikat GLC terpenting di Pulau Pinang. Ini bukan hubungan perniagaan lagi. Ini membawa masuk musuh ke dalam rumah tangga kita yang sudah pasti lagi bahaya dari setakat berhubungan perniagaan sebagaimana yang cuba dibuat oleh MB Kedah itu.

Saya bukanlah suka sangat hendak mengkritik begitu sahaja tetapi kalau masing-masing sudah membuka ruang dan menghentam satu sama lain secara terbuka atau dengan bahasa undang-undangnya ‘open the pandora box’, kita kena masuk jugalah.

Mustafa Ali
Politik Malaysia

40 comments:

mizan said...

takde yg sempurna,huhu

Cucu Adam said...

Ada kebenaran pada pandangan yang
Dato nyatakan mengenei YAB Menteri Besar Selangor dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, dan semoga teguran Dato dapat diterima secara terbuka oleh kedua-dua pemimpin negeri tersebut. Teguran Dato kena pada tempatnya sebagai seorang politik berpengalaman dan telah lama berkecimpong di dalam politik Malaysia.

Setelah 100 hari Pakatan Rakyat memerintah di 5 negeri, semacam ada sesuatu yang tak kena dan harapan saya dan juga ramai penyokong Pakatan Rakyat janganlah masalah-masalah ini menjadi penyebabkan keretakan kepada Pakatan Rakyat. Pengundi yang telah memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat tidak akan memaafkan jika tempoh pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat berakhir disebabkan pergaduhan sesama pemimpin parti Pakatan Rakyat.

Banyakkanlah rundingan supaya persefahaman dapat ditingkatkan. Seharusnya Pakatan Rakyat memandang ke hadapan dan bersiap sedia untuk memerintah lebih banyak negeri dan jika diizinkan Allah SWT besar kemungkinan menerajui pemerintahan Malaysia.

zahidyusof said...

Assalamualaikum

Tahniah kepada Dato' atas kewujudan blog ini, mudahan banyak mutiara-mutiara ilmu politik dapat di kutip disini


dari
www.zahidyusof.blogspot.com

Najmuddin Yusoff said...

Well said!

Mohd Hisham said...

Dato,
saya nak bertanya, isu AZAN di Selangor apakah kesudahannya? Petition dari penduduk Puchong amat menyedihkan kami bagi penduduk Puchong terutamanya apabila dilayan oleh Ahli Parlimen Puchong sendiri.
Kami merasa sedih kerana isu ini adalah jelas ketiadaan toleransi dari agama lain dan hanya berharap umat islam yang sentiasa bertoleransi ke atas isu-isu mereka. Apatah lagi laungan azan telah berkumandang di tanah melayu selama berabad lamanya.

Apakah tindakan PAS dalam hal ini mewakili penduduk ISLAM Selangor? Parti-parti lain di dalam PR nampak gayanya sukar diharapkan apabila berhubung isu ISLAM.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam Dato'!
Tahniah kerana berkesempatan bersama bloggers. Semoga bermanfaat dan dimanfaatka.
Salam kepada sahabat-sahabat di Trengganu.

al-Bakistani said...

Badrul Amin bising, sebab dia tak dapat jadi Ahli majlis... itu isu sebenar...

Badrul Amin disebut oleh dalaman Parti PKR sebagai "ulama pengampu Anwar"....

Marcus Hwang said...

Pada pendapat saya sebenarnya kejadian ini boleh membawa kesan positif kepada kerajaan negeri Selangor tetapi oleh kerana kurang pengalaman media maka pihak BN mengambil kesempatan untuk memburuk-burukan keadaan.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur maka langkah yang sewajarnya ialah untuk Yahaya menerima hakikat ini dan sekiranya didapati tidak bersalah oleh BPR maka Yahaya akan muncul dengan imej yang lebih bersih dan kuat.

MB Khalid semasa itu bolehlah menasihati BPR supaya lebih prihatin kepada tugas mereka tanpa mengira persefahaman politik. Maknanya jangan sahaja tindakan terus diambil apabila ada aduan terhadap PR...orang kuat BN patutlah mendapat layanan yang sama.

Tindakan kerajaan pusat "menangguh" projek-projek di PP amat dikesali. Semua negeri2 PR seharusnya meneliti akta-akta berkenaan untuk mengkaji kemungkinan mempelawa syarikat2 swasta untuk meneruskan projek2 supaya rakyat tidak dihukum kerana mengundi PR. Kerajaan pusat harus ingat wang yang diperbelanjakan adalah wang rakyat atau pembayar cukai dan bukan wang BN. Rakyat di negeri2 PR (termasuk WP) membayar jauh lebih banyak cukai berbanding dengan negeri2 BN.

Jika gejala ini diteruskan oleh kerajaan pusat akan menaikkan lagi kemarahan rakyat jelata dan BN akan kalah dengan lebih teruk lagi di PRU13.

pokpet said...

Tok Pa,

POKPET setuju sangat tok tegur MB Selangor dan KM Pulau Pinang. Heboh betul. Korek sana, korek sini. Dedah sana, dedah sini. Londeh sana, londeh sini. Akhir sekali, kita sendiri yang terlondeh. Siapa susah?

Tok, jemput jengok blog POKPET http://pokpet.blogspot.com

Tima kaseeyyyyy!

shit said...

Kalau sesama orang PR, tak payahlah menegur terus-menerus dalam blog. Lagi baik kalau dibangkitkan dalam mesyuarat dalaman PKR sendiri. Teguran secara terbuka ini akan memberi peluang bagi pihak BN untuk mencaci. Sepatutnya, adik-beradik haruslah bersefahaman. Ni baru hidup bersama selama 100 hari dah nampak keretakan dalam Pakatan Rakyat.

aeab & liza said...

salam dato
PKR dan DAP, belum pernah jadi kerajaan sebelum ini, cuma PAS yg pernah memegang tampuk kuasa.

Doa cuma mereka cepat belajar, memegang pemerintahan lagi susah dari jadi pembangkang

lock said...

Salam sdr Mustafa,

Saya ada terbaca tulisan Raja Petra tempoh hari tentang kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor.

Berbanding di Kelantan, Perak, Kedah & Penang, Kerajaan P. Rakyat di Sgor ini banyak isu-isu yang perlu diperbetulkan. PKR mesti lebih teliti dlm membuat perancangan agar tidak mudah tersipu-sipu dek serangan-serangan dr Mat Ezam - pembela yg tertindas? - dsb.

Pimpinan kerajaan Sgor
perlu belajar dgn cepat bagaimana hendak merealisasikan pentadbiran yg betul-betul bersih, cekap dan amanah. Kalau tak, pengundi akan cakap "Apa beza kerajaan sekarang dgn kerajaan pimpinan UMNO?"

-Perjuangan parti bagus, orgnya kadang2 tak berapa bagus-

The Wise Guy said...

salam sdr mustafa,

apa nak jadi ni...?

semasa /sebelum MB Kedah Sdr Azizan menyatakan hendak membalak...adakah dia mendapat persetujuan /pandangan dari rakyat Kedah(whom he is representing)atau pun dari Conucil PKR (a collective decision before disclosure)?

cakap mesti serupa bikin

barulah boleh meyakinkan orang lain (orang islam dan orang bukan/belum islam Islam lebih yakin kepada pemimpin yg menyatakan /mencermin ciri-ciri islam...itu pun blum tentu lagi

my two cents worth

haji muhammad bin abdullah @ tan wah guan

mahyuddin said...

salam semua, pada saya tindakan MB selangor dan tegoran dari KM Pulau Pinang, adalah wajar. macam Dato' kata, depa buat macam company sendiri, well, sebagai MB (CEO) tindakan harus diambil cepat supaya jangan sampai nasi menjadi bubor. apa yang terjadi sekarang nie macam dalam BN, satu perkara kecik pun nak panggil sekampong untuk bebincang sampai perkara tu dah tak jadi perkara lagi.

my view is saya suka cara MB n KM tu buat

Questioner said...

Cara dan tindakan Tan Sri Khalid "without fear and favour" adalah satu contoh yang baik. Cara lapuk BN/UMNO yang sebelum inilah yang berlapik-lapik tidak mendatangkan penyelesaian. Lihat contoh SAPP dengan undi tak percaya, 3+ bulan untuk menyatakan yang mereka tidak bersetuju sampai mengetahui nasib? Sebenarnya pentadbiran kerajaan seharusnya mengikut cara koporat, adil, betul, cepat, cekap dan amanah. Cara lapuk BN/UMNO yang rujuk merujuk antara sebab musabab penyalahgunaan kuasa, rakyat tak terbela dan rasuah yang berkeliaran dalam kerajaan BN/UMNO sebelum ini.

muhammad said...

Askum Dato'....

Tahniah dan selamat memasuki alam pelik blog.Baru lah terkini dan mudah grassroots pandangan pimpinan.Namun hati-hati Dato', disini pandangan yang baik sekalipun kadang-kadang boleh jadi salah faham atau punca fitnah pada diri sendiri dan org lain.

watever, i agree with ur comment.

su-kj said...

A.kum Datuk,

1. Datuk tolong komen jika saya mengatakan seperti berikut..

2. PAS sering diperbodohkan oleh parti-parti politik lain dinegara ini?

3. Akhirnya arah tuju dan matlamat PAS sendiri sudah disangsikan sekarang.

http://sukj.blogspot.com

yong said...

Bercakap, mengkritik dan membangkang memang kerja mudah. Ia tak sama ketika memerintah.

Dulu memberi,
Sekarang merasa,
Dulu tuding itu ini,
Sekarang terbukalah menerima siksa.

Tidak bermaksud mengkritik tapi harap pihak pakatan dapat membuang segala budaya lama sewaktu membangkang. Usah dicari salah kerajaan lama tetapi majulah ke hadapan memimpin dan mentadbir negara itulah yang lebih utama. Tunjukkan bahawa anda adalah lebih baik dari mereka-mereka yang terdahulu.

Saya percaya bahawa kita semua mahu terus menerus maju ke hadapan yang lebih baik dan berjaya. Semua MB dan KM haruslah satu hati bukannya bersaing sesama sendiri. Jangan natijah buruk yang menimpa rakyat.

Saya juga percaya bahawa pihak pakatan dianggotai oleh mereka-mereka yang tidak kurang amat pandai juga berkebolehan.

Saya tidak mahu pemimpin-pemimpin politik Malaysia ini hanya ada muka baru tetapi kematangan dan sikap masih di takuk lama.

Walk the talk Dato!

Ambil peluang ini! Buktikan. Kurangkan retorik, lebihkan berkerja. Duduk semeja, pakat bagaimana nak berkerja dalam satu kumpulan.

Plan the work, work the plan.

NGINAP SRENGENGE said...

Sepatutnya bongkar dulu kesalahan masa BN memerintah 50 tahun.

Jangan ghairah sangat dengan kemenangan 'tsunami' pr12 . Jaga hati rakyat yang memberi kemenangan.....ikut TG Nik Aziz.

Visit my blog : http://www.nginapsrengenge.blogspot.com

CULA TUPAI said...

Salam Dato'
----------
Bagi saya Dato' adalah salah seorang yang akan menghancurkan pakatan rakyat....Pemimpin macam Dato' dah luput tarikh patut pencen aja ?????

Teguran bolih di buat tapi jangan guna blogg Dato' ini macam blogg musuh "pakatan rakyat"...

PM said...

Agreed Lim should have a closed door meeting with the MB instead of attacking the MB openly.

The way I see it, Pakatan will be destroyed by DAP's childish behaviour.

Foo Yoong said...

Don't believe fully what the mainstream media wrote.

This is akin to potraying by the press that PAS does not tolerate other religions when in actual fact those whom have visited Kelantan have only good words to share.

Fernando said...

Which party do you think will form the next government of Malaysia ?

Express yourself at votingmalaysia.blogspot.com

paklang lah said...

Salam Dato

Kes Selangor
Dengar cerite si yahaya tu buat sunguh kerja2 membahagi projek ni sampai di kedai kopi pun dok kerja ejas projek.
Badrul Amin tu dia nak apa sebenarnya.

Kes Pulau Pinang
Saya setuju benor dengan dato'. DAP ni kena ajaq sikit

luaskanmata said...

Amww Datuk:

Gemberi saya Datuk memulakan dunia blog.

Sebagai rakyat Terengganu yang mengikuti perkembangan politik dan mengenali datuk, tentunya ruang ini suatu peluang yang baik.

Sudi-sudikan lah Datuk menjenguk ke teratak saya di

http://www.bprihatin.blogspot.com

Inilah yang boleh saya lakukan setakat terdaya bagi sama-sama mendaulatkan Islam. Sebagai seorang oku dan turut terlibat dalam isu-isu oku serta sedikit kajian dalam isu yang terpilih, sedikit sumbangan itu mudah-mudahan dapat dimanfaatkan.

Sekian wasalam.

mustafa said...

salam dato'

seakan wujud sinar di bumi yang mula beretika menilai mana yang kaca dan mana yang intan.tetapi didalam menilai dimana kaca yang pecah dan intan yang bersinar sebenarnya kita lupa intan yang mahal dan bersinar juga membuatkan seseorang itu tamak dan gila(gila kuasa).disebalik kaca yang pecah tadi janganlah dibuang terus...kerana disitulah pengajaran utk org yang memilih intan bagaimana supaya intan yang tak ternilai itu tidak hilang dan dapat digunakan sebaiknya.jangan pulak kerana intan yang tak ternilai itu kita semua berpecah.musyawarah adalah jalan terbaik.

membangun bersama islam.bersatu bersama rakyat.kejayaan demi malaysia.

mustafa mohd aris
aimarzzz@yahoo.com.my

bUn said...

salam sejahtera dato'..

tahniah kepada dato' pada kewujudan ruangan ini..

sangat tidak difahami apakah maunya km PP pada mengkritik MB kedah..( publisti murahan? atau menghebohkan pada umum bahawa hanya dialah pencinta alam?)MB Kedah hanya menyatakan penebangan balak masih dalam peringkat kajian.. tentunya penyataan ini bukannya satu keputusan!!!

apakah bezanya penambunan pesisiran pantai dengan tebang balak? cumanya tebang balak di tempat orang dan tambun pantai di kawasan sendiri.. begitu?

diharap KM PP lebih menumpukan kepada kawasan dari sendiri dan bukannya 'menyelak kelambu'orang lain..

abanguda said...

Berikan teladan yang baik agar semua golongan masyarakat, baik islam atau bukan islam dapat menyedari betapa indah, adil dan saksama, serta berwibawa para pemimpin islam..

Viaggi said...

Nak tulis blog OK, tapi pastikan tulis sendiri...

Kalau nak upah org kat harakah tu pun pastikan baca dulu dan pahamkan... sesuai ke tidak untuk disiarkan, kerana kepala hotak mereka di Harakah tu masih ramai yang jumud dan tak mau berfikir Out of da box lagi...

Masih berfikiran bigotry lagi...

Taksub ala ala pikiran org dulu2...
Tak mencerminkan Pas for All...

Ke Pas for All masa nak mintak undi jer...??

AmiR said...

saya amat bersetuju dengan pendapat2 tuan. Bagi saya, kita tiada pengalaman memimpin sesebuah negeri melainkan Kelantan. Kita haruslah merujuk kepada orang2 yang lebih berpengalaman dan tidak hanya melulu membuat sesuatu. Implikasinya mungkin buruk dan mungkin ada baiknya. Saya menyokong tindakan Dato untuk terus menegur Menteri Besar dibawah pakatan rakyat supaya tidak lagi kita leka dan dibuai dengan kesedapan memerintah sebuah negeri

anak parit said...

Assalamualaikum Dato'.

Setiap perkara yang tak betul perlu diperbetulkan, tak kira samada ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat atau BN.
Teruskanlah usaha murni Dato' walaupun akan mendapat tentangan dari dalam PR atau luaran.
Sebagai bloggers, Dato' kena tebalkan telinga dalam menerima sindiran atau komen.
Di alam siber, para bloggers bebas mengeluarkan pendapat dan hujah selagi ia tidak menfitnah atau memaki hamun.

Anak_Parit

aNaK BaPaK said...

sebenarnya saya agak ragu dengan pemberi komen dalam blog dato' ni..biasa terdengar suara-suara begitu adalah dari kalangan UMNO/BN yang lecewa maka berlakon menjadi pembangkang atau ahli PAS..masalah menimbulkan keraguan sesama pakatan atau jamaah bukan perkara baru..tapi inilah kaedah yang dibawa oleh abdullah bin ubai bin salul ketika tentera islam pulang dari perang bani mustaliq..golongan munafiq seperti abdullah bin ubai menyebarkan berita fitnah bahawa isteri rasulullah telah melakukan zina dengan safwan bin mu'tal..berita palsu ini adalaj berfungsi untuk memberi keraguan dalam sof pejuang islam..dari situlah puak munafiq berlakon seolah2 mereka bersama rasul tetapi menempelak rasul untuk membalas dendam dan benci kepada rasul..sehingga sayyidatina aisyah bali ke rumah ibubapanya dan rasulullah bersikap berdiam diri..

kerana berita palsu ini juga ( hadith al-ifk ) dikalangan sahabat rasul pun berbeza pendapat dan timbul waham yang hampir menghancurkan soh pejuang islam..

fiqah seerah dari peristiwa inilah sepetutnya pejuang islam ambil sebagai tauladan untuk membezakan mana satu suara mukmin dan mana satu suara munafiq kerana lawan mukmin hanya munafiq..jika benar mereka menyokong atau ahli jama'ah..dalam tarbiyah usrah pas sendiri menuntut ahli jamaah pas merujuk kembali tafsiran surah an-nur ayat 11 hingga 18 yang mana sebab nuzulnya ayat ini adalah kerana berita2 yg disampaikan oleh bapak munafiq abdullah bin ubai.sehingga dalam ayat ini juga ada arahan dari allah kepada rasul melaksanakan hukuman qozaf..

dari panduan seerah inilah sepatutnya ahli jama'ah..( kalau benar dia ahli jemaah, entah2 sokong ikut semangat bukan kerana allah) mereka mesti ambil semua pengajaran ini..apakah kita semua tidak takut janji allah kepada mereka yang bawa berita dusta seperti abdullah bin ubai bahawa azab allah amatlah pedih..jika pun perkara itu benar tetapi jika hanya dapat dibuktikan dengan sangkaan pun allah janjikan azab..benarkah pemberi komen ini ahli jamaah yang ditarbiyyah dan dididik dengan kaedah fiqh haraki..ataupu ahli jamaah yang ttiada qualiti tetapi hanya kerana wujudnya pewaris abdullah bin ubai maga dia menggelabah lebih dari abdullah bin ubai..bukankah pelik..

sebab itu kita semua musti kembali kepada sirah nabawiyyah..kerana disanalah allah berikan kaedah bagaimana mahu mengenali sipembawa berita itu mukmin atau munafiq..saya berkata begini agar kita semua tidak digolongkan oleh allah dikalangan orang2 yg munafiq..AWASI PENULISAN DAN PEMBACAAN ANDA..PENULIS2 UPAHAN UMNO YANG MEWARISI KERJA ABDULLAH BIN UBAI KINI SEDANG MENCARI PELUANG MEMECAH BELAHKAN KITA DAN AKHIRNYA BERSORAK MELIHAT KITA BERPECAH...ALLAH TA'ALA SUDAH BAGI PANDUAN TERHADAP PERKARA INI PADA RASULNYA..

matcomot said...

pelik juga kan.PAS sendiri tak mahu mengaku kesalahan dan cuma nampak kesalahan org lain.apa komen dato ketika hj hadi menjadi MB terengganu?hanya sepenggal.sampai skrg tak dpt di rampas semula dr tangan BN.semua salah org lain ke?

mamak said...

Saudara,

Komentar yang diberi cukup diplomatik namun memberikan hujah yang cukup tepat kepada komponen Pakatan Rakyat terutama kepada mereka yang baru menerajui Kerajaan Negeri. Namun ada kalanya kombinasi gaya dan kepimpinan politik dan korporat secara hybrid mampu menjanakan satu paradigma yang baru terhadap konsep pemerintahan Malaysia Baru yg Adil , telus dan saksama.

ahsan said...

asmkm semua

agas said...

Biar kita tumbangkan BN dulu Datuk. Lepas tu jalankan perundangan Islam sebenar, bukan ajaran sesat Hadhari. Jangan dapat 6 negeri dah terbantuk. Itulah dok Dungun bg keorg melepas dah tu kan. Dulu zaman gabungan BN/PAS Datuk pernah jadi menterikan ...koy dah teringin lagi ke? Tak serik (pisang tak kan berbuah 2 kali)

W.Md.Shukri said...

Salam. Semoga Dato sihat dan dilindungi Allah selalu. Saya merupakan salah seorang PTN Trg tahun 2004 yang kena tendang dgn kerajaan bn pimpinan derih jusoh. saya telah menghadiri kursus kepimpinan pada tahun 2004 dulu sebelum menerima tawaran PTN. Kini saya cuma mengambil upah mengajar quran,tajwid dan pendidikan islam dari rumah ke rumah di subang jaya. isteri saya pula telah menjadi ustazah jqaf di sini. Alhamdulillah, hidup lebih stabil kini, cuma kadang2 sedikit tertekan juga dari segi kewangan apabila harga keperluan meningkat, dan keperluan mendatang yang baru seperti kos baik pulih kenderaan dan sebagainya. Tambahan pula upah mengajar adalah berdasarkan jumlah jam mengajar dan kadang2 atas ihsan pemberi. Bulan 12 pula biasanya saya tidak mengajar kerana ramai murid yang bercuti, jadi saya mengambil peluang untuk pulang ke kampung untuk bersama keluarga. Izinkan saya yang cetek ilmu dan pengalaman ini bertanya kepada Dato. Bolehkah agaknya saya mendapat bantuan kewangan (mungkin setahun sekali) sama ada berbentuk jariah, zakat atau sedekah kerana saya tinggal di sini mengajar ilmu setakat termampu dan kadang2 menerima sedikit bantuan kewangan daripada adik dan keluarga. Kadang2 saya menjual botol2 plastik dan besi buruk bagi mendapatkan duit lebih. Saya telah bertanya kepada peguam tentang niat hendak memohon ganti rugi drp kerajaan trg kerana kes ditendang dahulu, tetapi peguam kata kes ni dah lebih 3 tahun dah tak boleh saman lagi. Mungkinkah Dato dan pimpinan lain dapat mengusahakan cara lain seperti ex gratia.
Maafkan saya kiranya pertanyaan sebegini menyusahkan Dato, lebih2 lagi Dato amat sibuk dengan pelbagai urusan yang lebih penting, tetapi saya sudah tidak tahu kepada siapa harus saya bertanya. Saya sebagai insan yang dhaif di dunia ini hanya mengharapkan bantuan Allah, dan berusaha mendapatkan pembelaan sesama pejuang2 kebenaran. Mohon dicakna. terima kasih. wamad (wanmsr@yahoo.com)

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

PAk JUSTAN DI BATANG said...

Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL