Tuesday, July 15, 2008

Komplot terhadap Abdullah dan Anwar

Jam 1.45 tengahari, 16 Julai

Saya menerima maklumat sebentar tadi bahawa polis telah menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ini adalah satu berita yang amat mengejutkan saya.

Bagi saya, tindakan ini dibuat tanpa bukti yang kukuh dan satu tindakan yang tidak wajar sama sekali.

Saya rasa, ada semacam satu komplot dalam Umno dan kerajaan sendiri yang cuba untuk mengambil kesempatan daripada suasana yang ada sekarang. Komplot ini bagi saya memang anti Anwar dan juga anti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berdasarkan maklumat yang saya ada, selepas pertemuan antara isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan Abdullah baru-baru ini, ia menunjukkan Abdullah tidak terlibat dalam apa-apa tindakan terhadap Anwar.

Komplot yang ada nampaknya bertujuan untuk mematikan kedua-duanya sekali. Matikan karier politik Anwar dan matikan juga karier politik Abdullah. Menggunakan seketul batu untuk membunuh dua ekor burong serentak.

Lojiknya adalah, apabila tindakan dibuat terhadap Anwar, jari akan dituding kepada Abdullah selaku Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan.

Mengikut bacaan saya, tindakan ini berjaya diambil kerana kegagalan Abdullah sendiri untuk menguasai seluruh jentera kerajaan. Oleh kerana itulah, komplot ini boleh berjalan sedemikian rupa.

Tindakan ini sebenarnya satu tindakan yang sangat bahaya kepada negara dari sudut keselamatan dan juga keharmonian negara.

Oleh kerana implikasinya besar, satu mekanisma perlu dibuat oleh Abdullah selaku Perdana Menteri supaya ia dapat meredakan suasana yang ada sekarang.

Apa yang boleh dibuat oleh Abdullah adalah dengan menubuhkan satu suruhanjaya bebas untuk membuat siasatan terhadap tuduhan yang dibuat ke atas Anwar supaya rakyat yakin tuduhan itu bukan bermotifkan politik tetapi mencari keadilan untuk semua pihak.

Tanpa suruhanjaya sebegini, rakyat tidak akan yakin dengan sebarang tindakan kerajaan.

48 comments:

Mr Bulu Korek said...

pada pendapat dan pandangan saya.. kes penahanan anwar ibrahim ini tidak menjadi isu kerana anwar adalah saspek dalam kes ini (liwat laporan oleh saiful) dan tangkapan adalah sah mengikut kanun prosedur jenayah.. bagi ds abdullah pula tiada kelemahan dilihat dalam mentadbir kerajaan.. apa yang dibuat oleh jabatan kerajaan khususnya polis adalah mengikut undang-undang yang sedia ada..
apa pun kita sepatutnya menunggu siasatan itu selesai dan biarkan polis membuat kerja-kerja mereka.. yang dikatakan menjejaskan keselamatan negara itu ialah apabila penyokong-penyokong anwar mengadakan perhimpunan membantah penahanan beliau...

Skuad Dun Batu Caves said...

Undang2 apekebendanya tangkap dato seri anwar sebelum pukul 2.00ptg seperti di janjikan. Cara tahan pun macam melakukan jenayah berat. Jangan cabar rakyat...

http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/

zahidyusof said...

jkk kg sg pupoh ni kalau saja nak buat kacau bukan sini tempatnya, orang ramai dah bincangkan perkara ini, bagaimana dengan rosmah dalam laporan dan akuan bersumpah raja petra? kenapa tak di tangkap sebab dia suspek dan di reman.
Nak kawal harga ayam pun tak leh...tak lemah ke? tak payah dok sini la jkk

irfandina said...

salam...

saya bersetuju dengan apa yg diandaikan oleh penulis...sememangnya seolah-olah ada tangan2 ghaib yg sedang merencanakan sesuatu...

pada masa inilah pak lah sepatutnya melakukan sesuatu dengan kadar yg segera...

sudah2 lah dengan masalah yg ada pada hari ini...rasanya rakyat sudah cukup terbeban pada hari ini...jgnlah hendaknya rakyat diheret sekali lagi ke arena politik yg kabur sifatnya....

Unknown said...

Umno memang jahat. Tapi kenapa engkau dan Pas Terengganu pergi berunding dan bekerjasama dengan Umno Terengganu. Rakyat telah memberi kepercayaan kepada PAS dan Pakatan Rakyat telah melumpuhkan sebahagian besar kekuatan Umno dalam PRU 12 lepas. Kenapa engkau dan Pas Terengganu khianati rakyat? Aku tengok semakin lama cara engkau dan Pas Terengganu semakin gila.

mn said...

A.kum Datuk,

1. Saya cadangkan agar satu 'Kempen Perdana' diadakan diseluruh negara mulai bulan Ogos ini selama 1 bulan?

2. Kempen Perdana yang saya maksudkan itu ialah "Jangan sebut perkataan Melayu dan UMNO".

3. Pada pendapat saya selagi disebut 2 perkataan tersebut, selagi itulah politik di negara Malaysia ini tidak akan aman dan tenteram.

http://suarasukj.blogspot.com

M.Sulaiman (utohkacil) said...

sigi, loro, telu dan papat,
******************************
melayu bodoh, cina dan india dapat...

ikan said...

jkkk kg sg. pupoh, anda tak payah la terlalu berbangga dengan elaun tiga empat ratus yang anda dpt tu.. itu jika anda pengerusi, timb. pengerusi dan s/u saja sampaikan nak bela habis-habisan umno.. rakyat sudah sedar malaysia adalah undang-undang rimba. Kenapa Musa hassan dan ghani patail tidak diambil tindakan yang dituduh dalam laporan polis menyembunyikan bukti sewaktu perbicaraan kes anwar suatu ketika dulu? adakah mereka ini ada kekebalan seperi sultan atau YDP Negeri? Kenapa Khir toyo dan rahman palil yang dituduh melakukan penyelewangan berjuta-juta wang rakyat sewaktu memerintah selangor tidak diambil tindakan walaupun telah dibuat laporan polis? Kenapa Mahadzir khalid dan para exconya tidak diambil tindakan kerana salah guna kuasa sewaktu memegang tampuk pemerintahan kedah? Kenapa rafidah aziz yang jelas melakukan rasuah dan telah terbukti tidak didakwa?

banyak lagi kes-kes rasuah dan penyelewangan jika hendak disebut disini.. sejauh manakah kita yakin dengan ketelusan undang-undang yang dilaksanakan oleh polis atau BPR? sejauh manakah kita yakin dengan ketelusan sistem kehakiman negara walaupun telah dibuat penambahbaikan? setakat ini sistem kehakiman negara masih tidak menunjukkan penambahbaikan sepertimana yang telah diumumkan oleh PM baru2 ini..

abe MIE 'TERJAH' said...

Apa yang abe MIE hendak beritahu ialah seorang sahabat katakan bernama 'A' memberitahu yang Anwar nie memang suka MELIWAT SEJAK DI UNIVERSITI MALAYA lagi. Tapi pada masa itu siapa yang hendak percaya? Abe MIE bertanyakan kepada si A, kenapa dia boleh kata sedemikian sedangkan dahulu jenayah liwat, rakyat Malaysia masih tidak tahu apa-apa!!!


Hanya Allah saja yang tahu kebenaran. Pening dengan Anwar sekarang. Sokongan Keling yang pintar dan ingin menjadi YB nanti menyebabkan masalah ini menjadi sebenar-benar masalah dikala tiada pelaburan ke Malaysia dan perbehentian kerja berleluasa.

pkrpasdap.blogspot.com

SOP said...

What's your thinking on the latest sodomy charges against Dato Seri Anwar Ibrahim ?

Express yourself @ votingmalaysia.blogspot.com

M.Sulaiman (utohkacil) said...

ORANG MELAYU YG BODOH SAHAJA SUKA MENYEBARKAN KHABAR2 ANGIN DAN FITNAH.

DAN

ORANG MELAYU YG BODOH JUGE SUKE MEMPERCAYAI KHABAR2 ANGIN DAN FITNAH.

Sabri Ibrahim said...

CARA TERBAIK DAN PALING SEMPURNA UNTUK MENYELESAI MASALAH TUDUHAN LIWAT ITU ADALAH DENGAN, MENGIKUT KAEDAH ISLAM IAITU "MUBAHALAH" YAKNI "BERSUMPAH".

YAKINLAH BAHWA, DENGAN IKUT AJARAN ALLAH INI SEMUA AKAN SELAMAT.

SELAMAT DUNIA DAN AKHIRAT.

KALAU IKUT KAEDAH MANUSIA MAKA TAK AKAN BERJAYA.

Sila layari blog sya
http://muhammadsabri.blogspot.com/

mangchikla said...

Assalamu 'alaikum Dato. Saya berkesempatan melayari blog "Malaysia Waves" dan membaca Kisahyang ade kaitan dengan Dato. Boleh Dato memberi komen. Wassalamu 'alaikum.

Anonymous said...

Bagi saya..Anwar meliwat atau tidak adalah no2 tetapi yang menjadi tanda tanya adalah cara BAGAIMANA melaksanakan keadilan untuk kes ini adalah yang no.1

ALI MAIDIN said...

Pak Lah dah tak ada prospek lagi dalam Umno. Ini tentu najib punya agenda. Najib dapat idea dari Mahathir dan dapat wang dari Daim.

ahsan said...

Asmkm dato'..saya tak nak komen apa yg ditulis tu.. cuma saya nak minta dato' jelaskan kenapa nak beriya sangat jumpa umno TRG..bukankah Umno trg yang langgar perjanjian royalti tu.PAS seperti tak memahami hati ahli bawahannya..boleh jumpa tapi ini bukan masanya...kerana Umno lemah ke baru nk jmpa.saya rasa silap sbb UMNO sdg susun strateginya sbgaimana mrk pasang strategi pada 1999-2004 untuk tawan Trg dari PAS..(Dato' dah lupe ke apa Jawatan Yang Dato' Deris Jusoh dpt dari Pak Lah baru2 ni)...akhirnya PAS tumbang tanpa mereka sedar yang melenyapkan PAS waktu itu adalah orang pas sendiri. Kalu tak percaya tanyala pada orang PAS kg rusila yang dikatakan kwsn paling kuat PAS di Trg.Harap PAS sedar...Bukan Ahli Biasa dalam PAS..Allahu Akbar!!!!

matcomot said...

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam Barisan Nasional.

Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London. Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.


maklumat lanjut?
maksuk ke blog saya.di harap SAUDARA dpt memberi komen dgn segera.............

ikan said...

Askum Dato', saya bangga dgn perjuangan Dato sebagai pejuang Islam tapi sehari dua ni ada artikel yang menuduh Dato'yang bukan-bukan, adakah benar atau tidak? Sila dato' jawab sebagaimana artikel di bawah :

"TQArtikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.
Kemuncak dari usaha ini adalah perjumpaan antara Najib Tun Razak bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Cikgu Mustafa Ali di London.
Najib Tun Razak telah menyatakan tawaran mereka kepada PAS.
Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 13 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2.
e.PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.
Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:
a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS. Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:
1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Segala temujanji dan perjumpaan termasuk perjumpaan di London adalah atas usaha Mustafa Ali
e. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
f. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
g. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.
2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau
3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Khabarnya, beliau dijanjikan jawatan exco sekiranya PAS masuk semula ke dalam BN. Oleh kerana itulah beliau adalah antara yang begitu kuat berusaha di dalam membawa PAS ke dalam Barisan Nasional.
a. Beliau berjaya mempengaruhi Dewan Ulama PAS Pusat bagi menyokong usaha kerjasama ini.
b. Beliau juga berjaya mempengaruhi Dewan Muslimat PAS Pusat melalui isteri beliau yang menjadi Ketua Dewan Muslimat Terengganu.
Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:
1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.
2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian.
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin"

pen buruk ™ said...

Assalamualaiku...

Hai IKAN...
kamu dapat mana cerita ini. Adakah ini fitnah atau cerita 100% benar

Kalau 99% benar, yang 1% tu jangan ditulis... Fitnah orang namanya'
Benarkah nama2 yang anda sebutkan itu mempunyai niat "tamak"jawatan/ "lapaq" jawatan!1! Bukankah dalam PAS bagi kita adalah ummah!! Apakah tokoh yang disanjungi dah "lapaq" jawatan

Kenyataan anda sendiri sudah memberi perbezaan tanggapan dan mengiyakan bahawa PAS sudah berpecah..
Antara anda dan saya juga sudah ada salah faham dengan isu ini..
Tolong!! Hati2 dengan musuh PAS yang sentiasa cuba main jarum halus untuk pecahkan...
Jika ada salah pun tak perlu tulis dalam blog ini kerana orang UMNO yang sentiasa memerhatikan kita juga sedang tersenyum!!!!!!

Apapun diharapkan pemimpin PAS yang berhemah itu hendaklah menerangkan dengan bijaksana!!

M.Sulaiman (utohkacil) said...

napa dah lame tak 'up date'!

Unknown said...

Asm Dato',

Peristiwa 1998, Anwar adalah 2nd Man yang telah diakui dan diwar2kan untuk ganti Dr. M. Keputusan mahkamah 2004 seolah mengakui ianya adalah komplot untuk menjatuhkan anwar dan menafikannya sebagai PM.

Kini tuduhan 2008, Anwar adalah rakyat biasa yang sedang diteropong oleh masyarakat sebagai layak dan mampu untuk jawatan PM.
Dato' nyatakan dalam artikel ini seolah tuduhan tersebut adalah komplot untuk jatuhkan Anwar.
Persoalannya adakah ianya tangan-tangan yang sama dengan yang terlibat dalam perisitiwa 1998 dulu?

Fernando said...

slsA nice article : http://votingmalaysia.blogspot.com/2008/07/keris-hishammudin.html

Heical said...

Salam Dato'
Tuan tuan ,
Bolih terangkan apa itu " Fahaman Wahabi"
dan apa kaitan dengan Sunnah dan alquran.
tk.

Unknown said...

Saya rasa PAS terengganu kena diperkuatkan lagi dari saudara Mustafa Ali yg mulia ini ingin membincangkan sesuatu perkara bersama AMENO yg byk merosakkan, menghancurkan, menjahanamkan bangsa sendiri! Tlg baca comments ini!

malaysia baru said...

Datuk,

Kalaulah sekadar UMNO menganugerahkan PAS menjawat TPM dan beberapa jawatan tertentu...dan kita pun mengambilnya. Itu namanya kita setakat mengejar bukan yg TERBAIK tapi hanya mungkin nombor dua...

Mungkin sudah penat berjuang dan seronok dgn tawaran kuasa instant? Eloklah orang sebegitu tinggalkanlah parti kerana masih ramai pelapis yang sanggup berjuang walaupun tidak menang lagi.

Kerana gilakan kuasa kita (bermula dgn bbrpa pemimpin PAS kemudian semuanya terpalit lumpur) sanggup mengkhianati perjuangan Islam.

Malulah kpd rakyat yg sanggup menyokong kita selama ini tapi kita pula khianat kpd perjuangan.

Kalau Rasulullah s.a.w. MENERIMA TAWARAN dunia dan segala perhiasannya dari puak Quraisy dan TIDAK menyebut kata2 berikut, yg maksudnya:

"Sekiranya matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan diletakkan di tangan kiriku, nescaya tidak akan aku berhenti dari dakwah ini sehingga aku dimatikan oleh Tuhanku atau aku diberi kemenangan."

Sesungguhnya yg berlaku ialah kecekalan Rasulullah s.a.w untuk terus berdakwah walaupun ditawarkan berbagai hadiah. Baginda tidak akan berhenti berdakwah walaupun beliau dapat menguasai matahari dan bulan. Kegigihan dan kesabaran beliau membuahkan hasil yang sangat manis.

Kita masih belum menguasai bulan dan matahari, sekadar menguasai Kelantan itu pun nyaris di telan BN, menguasai 3 negeri lain bersama2 parti alternatif yg lain...pun kita dah mula PERASAN kita hebat..lalu kita lupa terhadap janji kita kepada rakyat yg menyokong kita kerana terlalu benci sikap BN/UMNO lantas mahu berdamai dgn UMNO, musuh lama politik kita.

Kita kena terima bahawa kitalah yg sebenarnya gila kuasa kerana mahu berkongsi kuasa dgn UMNO, musuh tradisi kita, tanpa mengalahkan mereka terlebih dahulu.

Parti UMNO yg sudah nyawa ikan tiba2 mengalahkan (outmanouvred) kita, kerana kita senang2 masuk perangkapnya.

Sayang, parti yg di sayangi membuat blunder lagi lalu kalah di pusingan awal dengan KO.

Whatever happen, jangan sekali2 khianat kpd perjuangan Islam.

Bila kita menang, UMNO di persilakan datang bermuzakarah. Never, never before THAT day.

Sekian dan terima kasih.

Unknown said...

SAYA HARAP DATO YG MULIA MUSTAFA ALI DAPAT MENJAWAB PENGETAHUAN DARI COMMENT IKAN @ FAKTA DARI IKAN.. TOLONG JAWAB DI MUKA HADAPAN. SY SBG PENYOKONG PAS KELIRU DGN FAKTA ITU. BANGUN!!! TGK COMMENT IKAN TU!! NAK BUAT BLOG TAK UPDATE, LAMBAT LA!!

Fernando said...

BN can win in Permatang Pauh (P44) ...

http://www.votingmalaysia.blogspot.com/

Editor said...

Informasi Permatang Pauh khusus dan info terkini bagi team Ketua Wanita Keadilan Zuraida Kamaruddin

http://www,p99ampang.com

klik ke Permatang Pauh ataupun

http://www.p44.p99ampang.com

AYOB MAMAT said...

Assalamualaikum ...

Saya tidak mahu komen apa-apa yang besar. Cuma tahniah kepada Datuk di atas inisiatif menulis dalam laman blog. Cuma, kenalah update supaya pembaca terus membaca.

Saya tidak berminat tumpang sekali di atas segala ulasan yang dibuat kerana asasnya ialah emosi dan tidak bertanggungjawab.

Tahniah.

Lot 250 said...

POhon komen dari Cikgu Pa mengenai tangkapan ISA nni....

Anonymous said...

apa ni??
tak update pon..
mana analisa dari seorang yang mengaku dirinya sebagai penganalisis?

Perawi said...

Dato M, yg penting kita padamkan UMNO dgn. hadhari didalam dunia ini, selepas kita dapat lenyapkan UMNO/BN barulah kita fikir hal pentadbiran negara malaysia. jangan gopoh melatah, buat pendapat sendiri, hemtam pakatan rakyat, nanti apa yg kamu hentam itu akan makan / terkena pada diri kamu sendiri, jadi modal BN semasa pengundian akan datang dan jangan biarkan umno mengupah aku supaya menentang kamu dikawasan kamu bertanding nanti, oleh itu kita hendaklah bersatu dalam pakatan rakyat, masalah yg kecil lupakan seketika utk tentang UMNO/BN yang telah sudah lemah ini. Semoga untuk laksana hukum Allah tercapai dibumi malaysia ...sekejap lagi

Perawi said...

kita terus lawan umno/bn melalui pakatan rakyat, apa yg dijanjikan oleh umno akan kita dapat secara total, bila kita perintah nanti. bersatulah bersama PR, kejayaan kita sudah hampir utk menjatuhkan kerajaan pok loh & najib. untuk tugas yg lain .... kita bincang selepas merintah. Ingat berapa ramai org pas telah mati, demi pertahankan islam, alsahid ibrahim libya bersama saudara islam yg lain, tok gajah, dato bahaman, mat kilau, abd rahman limbong dll menentang inggeris, yg kini diteruskan oleh UMNO/BN (ulang tahun Polis Diraja Malaysia yg ke100 tetapi kita medeka baru 51 tahun - fikirkan sendiri)

bdn69 said...

assalamualaikum semua!

UMNO PARTI PENJARA said...

kebenaran tetap akan ketemui jua :-)


















Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
http://pro-faizal.blogspot.com
Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

Mahasiswa N.S said...

tolong sebarkan link ni..kami juga mahukan keadilan bagi mahasiswa mesir-http://mahasiswamesirn9.blogspot.com/

Anonymous said...

Jika saya PM Malaysia, apa yang saya buat? saya nak korang comment benda kat bawah ni dengan naluri kepimpinan yang korang ada. Yang saya punya pula akn menyusul. Ha.ha.

http://pemikirislamik.blogspot.com/2009/04/jika-saya-pm-malaysia-apa-yang-saya.html

Ubaidillah Al-Mishri said...

salam warga m'sia, jom
bace berita gempar di
Mesir, p'buatan orang
zalim, jgn lupe sebarkan,
pikul tanggungjawab kita
bersama...

SSRCARE BEAUTY said...

Korang percaya sangat ke kat semua orang politik ni?

bg aku la semua orang politik ni HAMPEH!!!

yg blom berkuasa tergila-gilakan kuasa, yg dh berkuasa dh sampai tak ingat dunia dan akhirat. terbuai dgn kuasa tuh.

aku memang menyampah dgn org politik ni, suka bermuka2.

mcm budak kecik, nak sesuatu merengek2 sana sini, dah dapat lari merata-rata. bulu idung pun tak nampak. tu yg HAMPEH!!

tak kira apa parti pun, sama je….

bila blom dapat kuasa janji mcm esok boleh tunaikn, bila dh berkuasa 100 tahun blom tentu tertunai janji tu.

yg pembangkang mengata yg memerintah, yg memerintah mengata yg pembangkang. sebenarnya dua2 HAMPEH!!!

sape2 pun bila dh dapat kuasa, org yg bawah2 ni yg melaung2 menyalak2 mcm anjing utk bg diorang menang abis semua ditinggalkan. yg ada dekat pun kroni je…..

aku kata ni bukan utk satu dua parti politik je, tapi semua… korang memeng HAMPEH!!!!

KOrang MeMAng HAMPEH!!!

http://arenanusantara.blogspot.com

fanpage said...

Salam..Mari Ke Blog Saya
Kita Undi
http://amizo78.blogspot.com

x-reporter said...

Kenapa dato' tidak lagi aktif menulis dalam blog ini?

lah said...

SALAM CIKGU,
APA PUNYA BLOG LA, OUT OF DATE. MACAM KURA-KURA BAWAH TEMPURUNG LA

Zachary Iman said...

banyak khabar angin dan fitnah, kalau khabar angin pemimpin kerajaan buat salah itu diangkat jd fakta. kalau pembangkang auto jadi fitnah.. walhal kerajaan dgn pembangkang 2-2 manusia biasa tak terjamin maksum..

Arif Zulhilmi Bin Abd Rahman said...

Kita sesama orang Melayu dan Islam usahlah bertengkar dan bercakaran sesama sendiri. Yang malu adalah orang kita sendiri. Orang lain hanya bertepuk tangan melihat kemelut bangsa kita ini. Apalah salahnya kalau kita sesama bangsa kita berbincang dengan semangat persaudaraan, semangat kekeluargaan. Kita bukannya orang lain pun, sesama orang Melayu.

ZAMRE AB WAHAB said...

pening kepala hamba..
- Zamre Ab. Wahab

Arif Zulhilmi Bin Abd Rahman said...

apa nak jadi la ni..

News Kerjaya said...

Info dan maklumat PRU 13 untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut penemuan, sila layari laman web : http://www.kuasapru13.com/index.php?ref=infopru13
Anda boleh mendapatkan Ebook PRU13 dan mengenai politik Malaysia Hanya RM30 di sini:
Modul 1 ini menerangkan kepentingan bagi seorang warganegara Malaysia terutamanya yang beragama ISLAM untuk mengambil berat terhadap POLITIK dan urusan masyarakat di sekelilingnya.
Modul 2 ini menulusuri dan mengenalpasti ciri-ciri serta syarat sebagai seorang pemimpin yang perlu dilihat sebelum kuasa undi kita gunakan.
Modul 3 ini pula berkisar mengenai PILIHANRAYA. Pilihan raya dianggap menjadi tonggak pelaksanaan demokrasi. Ini membolehkan member kuasa kepada rakyat dan menegakkan kedaulatan rakyat atau ketuanan rakyat dalam sistem demokrasi moden.
Modul 4 pula memberi gambaran dan tinjaun ringkas mengenai sejarah POLITIK di MALAYSIA. Masyarakat Melayu yang merupakan penduduk asal di sini menjadi tunjang kepada dominasi kuasa politik sejak dari dahulu lagi. Kemasukan imigran Cina dan India yang mana kemudiannya diberikan kerakyatan berdasarkan perjanjian keramat “kontrak sosial ” turut sama mewarnai landskap politik yang berlaku.
http://www.kuasapru13.com/index.php?ref=infopru13
DAPATKAN BONUS BELIAN APABILA ANDA MEMBELI EBOOK DI BLOG INI.
Di dalam Modul Bonus PERCUMA ini, ianya mejelaskan tentang prosedur dan proses PILIHANRAYA. Modul ini secara jelasnya, membantu anda melindungi undi anda supaya tidak dimanupulasikan oleh pihak-pihak tertentu. Pasti anda ingin mengetahui hak dan cara mempertahankan hak anda sebagai PENGUNDI yang sah dan bertanggunjawab.

Unknown said...

Jom lawati blog Wak!

http://www.inigoblogpolitik.com/2013/02/pengunduran-haron-din-daripada-pas.html