28 Jun
Dalam akhbar Utusan hari ini saya terbaca berita kononnya kerajaan negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Sri Mohamad Nizar Jamaludin becadang untuk memberikan tanah kepada kampung-kampung baru di negeri itu dengan milikan kekal 999 tahun.
Bagi saya, ini satu maklumat baru dan jika benar, ia satu tindakan yang luar biasa sejak negara kita merdeka. Pemberian tanah di zaman selepas merdeka hanya diberikan pajakan atau hak milik selama 99 tahun sahaja paling lama.
Pemberian hak milik 999 tahun atau selagi adanya bulan dan matahari ini hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris sahaja seingat saya.
Jika tujuan pemberian tanah sebegini untuk mendapat political milege dari kumpulan tertentu, pada pendapat saya, kerajaan negeri juga perlu mengkaji kesan negatif dari kumpulan lain dalam negerinya.
Bagi saya, Menteri Besar harus cermat dalam kenyataannya bukan untuk mendapat political milege sahaja. Tambahan lagi apabila ada maklumat yang mengatakan pajakan untuk kampung-kampung tersusun dalam negeri yang sama dan didiami oleh pelbagai kaum termasuk orang-orang Melayu hanya 99 tahun sahaja.
Oleh itu, sebagai Menteri Besar, beliau harus berhati-hati dalam membuat sesuatu kenyataan. Beliau harus membuat kajian teliti terlebih dahulu dan mengambil kira pelbagai pihak termasuk pimpinan masyarakat samada yang menyokong kerajaan atau tidak bersama kerajaan.
Saturday, June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
43 comments:
Sekiranya pemberian pegangan kekal kepada orang kampung dapat bantu memberi keyakinan kepada mereka mengusahakan tanah untuk tujuan pertanian dan penternakan, tidak salah agaknya.
Saya pasti kerajaan negeri telah meneliti kawasan yang mana adalah untuk pembangunan dan untuk kediaman sebelum melaksanakan pemberian itu dilakukan.
Kerajaan BN pernah mengambil tanah dari penduduk sampai memberi pampasan berjuta-juta ringgit kononnya untuk pembangunan. Tetapi tanah tidak dikerjakan dan penduduk yang menjadi kaya-raya dalam masa singkat telah habiskan wang dalam masa yang singkat pula.
salam....
politik dah habis dah...buatlah kerja....dok bising-bising buat apa. mandat dah kasi...jangan tunggu nak pilihanraya baru kata nak sambung sepenggal lagi baru projek boleh buat....
pkrpasdap.blogspot,com
999 tahun! Make no sense.
Org bijak pandai di k'jaan Perak kenalah buat study yg lebih dalam lagi. Jgn lah merasa pandai tetapi sebenarnya daif.
Tanah negara tidak boleh digadaikan sebegitu rupa tanpa. Ini bukan milik politik, ianya milik GENERASI yang akan datang.
Kalau dah nak beri LEASE sampai 999 tahun, generasi akan datang nanti nak memijak dimana??
Pendek akal...sesat perjuangan.
PAS ada dua pilihan skrg samada jadi parti sendirian(pembangkang) atau join BN tetapi dengan perjanjian yang ketat. Kalau tidak Islam tah kemana dan melayu tah kemana. Melihat dari cara PAS bekerja sekarang fungsinya cuma untuk endorse apa yang DAP hendak walaupun tentang perlaksanaan Islam itu sendiri.
Sebelum pilihanraya dulu ahli PAS bertungkus lumus bekerja manakala PKR/DAP hanya parti kerdil tanpa jentera. Setelah berkuasa PKR/DAP menonjol manakala PAS jilat jari menjadi balaci kpd mereka. PAS war-warkan tentang konsep sama rata dan keadilan tetapi hakikatnya kita memberi hak kita kpd orang lain dan meletak konsep adil tanpa menilai dari segi sejarah dan latar belakang negara ini.
Inilah masanya PAS ambil kesempatan untuk memikat orang Melayu setelah UMNO dikatakan tidak lagi relevan.
Tetapi masalahnya PAS Perak dan Selangor telah membuat keputusan yang memihak kepada DAP.
1-Isu Penternakan babi di Sepang
2-Isu rumah ibadat di Selangor
3-Isu pemberian tanah Kg Baru 999 tahun.
Ini semua amat menyedihkan orang melayu seolah-olah PAS tidak menentang segala kerja-kerja jahat ini.
Andaikata ini semua menjadi kenyataan orang Melayu mungkin akan beralih semula kepada UMNO
Kepada mereka (Melayu)lebih baik menyokong UMNO daripada menggadaikan tanah air ini kepada golongan kafir.
Akhirnya segala penat lelah PAS selama ini akan menjadi sia -sia.Para pemimpin PAS harus melihat bagaimana Tuan Guru Nik Aziz dan MB Kedah memerintah.
Dalam masyarakat majmuk di Malaysia, pemimpin yang mewakili bangsa Melayu dan agama Islam harus tegas dan berani untuk berkata TIDAK.
Kalau terlalu liberal, tunggulah saat kemusnahannya.
salam..........
perkara dan maklumat ini adalah benar belaka dan memang PAS Perak adalah dibawah pengaruh DAP Perak dan bukannya PAS pusat kerana keputusan yang dibuat bukan lah memihak kepada orang Melayu yakni orang Islam tetapi banyak kepada orang yang bukan Islam.
oleh yang demikian bangunlaa orang Melayu, walaupun bergabung dgn BN itu satu keperitan tetapi haruslah ditelan demi menjaga bangsa Melayu agar tidak hilang di dunia.
sekian..
lawatilah blog sy di
http://hebatnyermelayu.blogspot.com
puppet chief minister of perak
tested and proven
saya sokong hebatnyer melayu, jangan sampai generasi kita nanti merempat dinegara sendiri.............
yang tinggal kat kampung baru ni kebanyakan adalah generasi ahli parti komunis yang menyerah diri dulu.
Sedangkan pejuang-pejuang negara yang mempertahankan kedaulatan negara kita diabaikan.......
apa motif sebenar pemberian ini........
NYATA LAH MB PERAK BONEKA KEPADA DAP SAHAJA....
DATO',
saya harap dato' dapat memainkan peranan dato dalam PAS untuk menasihati pemimpin di Perak ini yang telah tergelincir dari landasan memperjuangkan bangsa dan agama......
sedih dengan situasi ini.
iyela dato'.....
Ahmad Awang pun tak komen apa-apa dalam hal ni...
kalau beginilah jadinye nyesal saya undi pas dalam PRU 12 td. ingatkan dpt ler lebih baik dari BN, rupanyer lagi teruk dari BN.
nyesal...nyesal...
Salam dan sejahtera,
Oh....hiba dan pilu hati saya membaca ura-ura MB Perak itu. Sekarang ini saya kembali berfikir, apakah betul tindakan saya memangkah PAS pada PRU12 lalu?
Pemuda dari gunung,
Gunung Semanggol.
assalamualaikum
saya penyokong pas
tetapi kebelakangan ini saya sangat kecewa dengan pas.
Pas terlalu bertolenrasi dengan DAP dan bangsa lain. Lihat diPerak kes tanah macammana? Di selangor kes babi dan rumah ibadat macam mana? rasanya pas tidak layak menggantikan umno sebagai pemimpin melayu dan islam. Melayu akan hancur bila diperintah oleh pas dan umno. siapa wakil melayu dan islam
Kenapa tak komen untuk MB kedah dan kelantan...apa dah bagus sangatkah kedua-dua MB ni? Azizan tak hormat keputusan Pakatan dengan tidak memboikot akhbar Utusan. Kenapa? Di Kelantan kerajaan Tok Guru masih belum dapat membawa masuk industri hiliran bagi memudahkan anak tempatan mendapat kerja.
apa-apa pun pemimpin PAS sekarang ni dah tak menonjol sedangkan Pas parti yang ditubuhkan begitu lama. seakan2 dikawal oleh DSAI. kalau ikut populariti 1. keadilan 2. dap 3. pas. perlu ada pemimpin pas yang lantang bersuara baru gempak.
Salam. Walaupon Nizar menjadi menteri besar, haruslah diingatkan bahawa PAS tidak dihati penduduk perak. Hanya memenangi 6 kerusi. Paling kurang.
Kenapa saya berkata begitu? Sebelum pakatan rakyat dibentuk, org BN mahu MB BN, DAP mahu DAP, PKR mahu PKR dan PAS mahu orang PAS.
Jadi harap Nizar tahu kedudukan sebenar dan jangan dok dengar cakap DAP tuh. Bincang dengan BN jugak kerana majoriti masyarakat melayu Islam memangkah BN dan BN dapat 28 kerusi. 27 nyer UMNO. PAS tidak dihati majoriti penduduk Melayu Islam perak.
999 tahun? Tidak masuk akal! Bangunan masa tuh sudah tidak releven.
Jangan sampai penduduk Melayu Islam menyumpah Nizar setiap hari.
Apa sebenarnya masaalah dengan 999 tahun????
Tanah tu lepas ni tak boleh pindah milik???
Tak boleh kerajaan ambil untuk pembangunan???
Kalau semua rakyat perak yang berhak dapat milik kekal seperti itu mengapa negeri lain nak jeles???
Kalau selepas bagi pada kampung baru 999 tahun, lepas tu bagi pulak pada Orang Asli, Melayu, India, Benggali, Siam dll. 99 tahun je, baru boleh komplen tak adil.....
Rakyat Perak yang ada ic sekarang ni mana ada tanah air lain selain Perak. Moyang dan Monyet dulu mungin le ada tanah di Indonesia, India, Cina dll.
Tanah ini hak Allah, bukan Melayu.... Nak cerita pasai bangsa ni... mungkin Orang Asli yang lebih layak jadi Pemunya tanah di Perak ni...
Assalamualaikum!
Aiseyman... 999 tahun pun lu org nak kechoh... melayu ni mmg melayu jugaklah... berapa lama kerajaan perak nak bagi biarkanlah... tanah mak bapak korang ke yang kena ambik..??
Melayu ni kalau bagi tanah sebuk nak jual atau gadai kat bank, bukan tau nak buat projek berpekdah...!!
Apa la ...??
Setopa Ali ni pun nak glemer je lebih... apa lagi yang ko nak setopa..?? Dulu masa kerajaan pas terengganu dulu ko watpe...?
Kalu bdah terer sangat pi la amik terengganu balik... kalu tidak jangan nak melalak tak tentu pasal.. nanti jadi GILA GLEMER...!!!
Buat malu kat PAS ajer... dey pigi daaa...!!
akhbar arus perdana ni bukan boleh percaya sgt.byk citer yg diputar belit.
PAS hanya nak memenangi hati satu kaum sahaja disebabkan kaum tu sokong PAS jadi MB.
Saya tak tahu pulak si Nizar ni kuat melatah dengan tempoh hakmilik tanah 999 tahun.
Tak berpijak pada realiti agaknya PAS di Perak, sepatutnya mengambil peluang jadi MB dengan memenangi hati seluruh rakyat PERAK bukan pada satu kaum sahaja.
Walaupun saya seorang penyokong setia PAS, tindakan Nizar hanya akan mempercepatkan talkin untuk PAS di PERAK.
Selepas ini kita tak tahu pulak apa tindakan MB PR ni, tanpa membuat kaji selidik, PAS akan tersungkur untuk satu musim seperti mana PAS di Trengganu.
Saya nasihatkan Nizar supaya berhati membuat keputusan dan bermusyawarah lah dengan lebih ramai ahli dalam PR supaya setiap tindakan yang di buat lebih relevan dengan senario politik semasa.
Anak_Parit
Salam Dato’,
Saya merasakan sebagai seorang seasoned politician, tindakan Dato’ kononnya kritikan membina hanyalah semata2 untuk mencari publisiti murahan yang mungkin ada udang sebalik mee…
Mungkin Dato’ cuba mencari glamour kerana masih mengidam mendapatkan sokongan bagi merebut jawatan tertinggi parti?
Apa salahnya Dato’ menegur sendiri MB Perak atau bertanya terus kepada PJ Perak…?? Kan lebih baik dari membuka ruang kepada mereka2 yang sentiasa mencari peluang menghantam Kerajaan Perak..?
Kalau glamourlah yang dicari Dato’ adalah lebih baik ditumpukan usaha memenangi hati rakyat Terengganu sendiri agar Pas dapat berkuasa semula di sana…
Cuba fikirkan apa yang Dato’ pernah buat untuk rakyat Terengganu ketika menjadi kerajaan dulu…? Kenapa rakyat Terengganu sehingga kini masih tidak dapat menerima Pas..?? Sampai bila nak salahkan penipuan dalam pilihanraya sahaja..?
Ahli politik Pas wajib meninggalkan sikap bigotry dan mestilah berfikir dan bertindak mengikut slogan PAS for All… Jangan hanya PAS for All ketika meraih undi pilihanraya sahaja…
Pas sebenarnya memerlukan new & good blood tapi masih memerlukan lagi good old blood bukan bad old blood...
Harap Dato' paham...
salam dato' n yong,
lepas ni nampaknya kita kena tawan balik G.Semanggol....
PAS tak boleh harap langsung, harapkan serban je....
berselindung di sebalik agama, hakikatnya sama je .... POLITIK..
kelak jika generasi kita jadi HINA, MEREMPAT, HAMBA PECACAI, DLL.....maka
jawablah di akhirat kelak YAB dan YB PAS Perak yang sanggup bersekongkol dengan DAP tu...
Gunong Semanggol milik BN- PRU 13.
tahniah Che Gu Pa.. tapi awat banyak har sangat tak dak posting baru ni.. sehari satu berita pendek pun jadilah...kami d perantauan kelapar maklumat..
nasa damsyik..
alhamdulillah,
masih ada lagi pemuda gunong semanggol yang berasa sedih dan hiba...
tapi yang lebih sedih apabila wakil rakyat PAS di Perak sanggup melakukan bai'ah selepas PRU 12 yang lalu.. sedangkan mereka ini berlatarbelakangkan agama.
ternyatalah pemimpin PAS hanya menggunakan agama untuk kepentingan politik semata...
Assalamualaikum Tok Pa,
Maaf kerana saya agak ketinggalan untuk mengikuti blog sehingga Harakah menyiarkan teguran Dato' terhadap MB Perak,DS Nizar baru-baru ini mengenai tempoh pajakan tanah 999 tahun. Saya cenderung mempercayai angka 999 tahun telah tersalah ungkap atau tersalah catit. Tentunya DS Nizar telah merujuk kepada pegawai-pegawai kanannya untuk mendapatkan fakta sebenar sebelum membuat sebarang pengumumam yang gempar.Atau sememangnya DS Nizar telah bertindak sendiri mengikut inspirasi hatinya. Apapun, saya rasa lebih tepat Dato' menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan darinya sendiri, atau menegurnya secara 'direct'.
Tahniah atas pemaparan blog Dato' itu, dan saya juga telah memulakan blog peribadi saya sejak 22Jun lalu di bawah nama nasariyevusovich.blogspot.com untuk tatapan umum. Abuhafidz.
Asalamulaikom cikg Pa,
sambil melayan kerenah cucu2,sempat juge noleh blog cikgu ni,amboi..amboi..amboii..dah habih fikio ke apa yang ditulis,baguih bende tu,tapi tak kena tempat,pah bedah rase cikgu ni 'oranglame'dalam parti,seharusnye moh le jumpe terus dengan MB,nasihat betui2,ni idak..melalak dalam blog,udahle tu..orang lain yang buatnya..Ganukite guane???opah dengo dulu hebat bebeno nak rampeh balik,tot.tot..hampeh..jangan bagi jambatan untuk musuh meniti..Fikir le sendiri cikgu Pa...
sebenarnya saya agak ragu dengan pemberi komen dalam blog dato' ni..biasa terdengar suara-suara begitu adalah dari kalangan UMNO/BN yang lecewa maka berlakon menjadi pembangkang atau ahli PAS..masalah menimbulkan keraguan sesama pakatan atau jamaah bukan perkara baru..tapi inilah kaedah yang dibawa oleh abdullah bin ubai bin salul ketika tentera islam pulang dari perang bani mustaliq..golongan munafiq seperti abdullah bin ubai menyebarkan berita fitnah bahawa isteri rasulullah telah melakukan zina dengan safwan bin mu'tal..berita palsu ini adalaj berfungsi untuk memberi keraguan dalam sof pejuang islam..dari situlah puak munafiq berlakon seolah2 mereka bersama rasul tetapi menempelak rasul untuk membalas dendam dan benci kepada rasul..sehingga sayyidatina aisyah bali ke rumah ibubapanya dan rasulullah bersikap berdiam diri..
kerana berita palsu ini juga ( hadith al-ifk ) dikalangan sahabat rasul pun berbeza pendapat dan timbul waham yang hampir menghancurkan soh pejuang islam..
fiqah seerah dari peristiwa inilah sepetutnya pejuang islam ambil sebagai tauladan untuk membezakan mana satu suara mukmin dan mana satu suara munafiq kerana lawan mukmin hanya munafiq..jika benar mereka menyokong atau ahli jama'ah..dalam tarbiyah usrah pas sendiri menuntut ahli jamaah pas merujuk kembali tafsiran surah an-nur ayat 11 hingga 18 yang mana sebab nuzulnya ayat ini adalah kerana berita2 yg disampaikan oleh bapak munafiq abdullah bin ubai.sehingga dalam ayat ini juga ada arahan dari allah kepada rasul melaksanakan hukuman qozaf..
dari panduan seerah inilah sepatutnya ahli jama'ah..( kalau benar dia ahli jemaah, entah2 sokong ikut semangat bukan kerana allah) mereka mesti ambil semua pengajaran ini..apakah kita semua tidak takut janji allah kepada mereka yang bawa berita dusta seperti abdullah bin ubai bahawa azab allah amatlah pedih..jika pun perkara itu benar tetapi jika hanya dapat dibuktikan dengan sangkaan pun allah janjikan azab..benarkah pemberi komen ini ahli jamaah yang ditarbiyyah dan dididik dengan kaedah fiqh haraki..ataupu ahli jamaah yang ttiada qualiti tetapi hanya kerana wujudnya pewaris abdullah bin ubai maga dia menggelabah lebih dari abdullah bin ubai..bukankah pelik..
sebab itu kita semua musti kembali kepada sirah nabawiyyah..kerana disanalah allah berikan kaedah bagaimana mahu mengenali sipembawa berita itu mukmin atau munafiq..saya berkata begini agar kita semua tidak digolongkan oleh allah dikalangan orang2 yg munafiq..AWASI PENULISAN DAN PEMBACAAN ANDA..PENULIS2 UPAHAN UMNO YANG MEWARISI KERJA ABDULLAH BIN UBAI KINI SEDANG MENCARI PELUANG MEMECAH BELAHKAN KITA DAN AKHIRNYA BERSORAK MELIHAT KITA BERPECAH...ALLAH TA'ALA SUDAH BAGI PANDUAN TERHADAP PERKARA INI PADA RASULNYA..
Sebabnya mudah orang melayu PKR dan PAS dah jadi pak turut kepada DAP. Yang ruginya orang melayu yang untungnya DAP.
Sedarlah kalau begini jadinya orang melayu Perak tak akan bagi satu undi pun pada PKR dan DAP. PRU13 PR akan lupus di Malaysia.
Mengapa mahu menyokong orang yang mungkin bakal merampas apa yang kita ?Adakah kerana kenaikan barangan kita hendak melepaskan hak-hak kita yang generasi terdahulu perjuangkan ? Adakah anda terfikir nasib kita apabila DEB, Rezab Melayu dan lain-lain keistimewaan yang kecapi selama ini di tarik balik.
Bagi yang berfikiran sempit dan tidak waras mungkin kata tidak mengapa untung nasib di tangan sendiri seperti yang di katakan oleh Lim Guan Eng. Adakah kita sanggup berkorban untuk individu tertentu tanpamemikirkan nasib generasi-generasi selepas kita ?
Jangan kita ingat dengan mengangkat seseorang itu boleh mengubah cara hidup kita dari susah menjadi senang, kaya lagi menjadi kaya.Mungkin boleh jadi senang, menjadi kaya atau lebih kaya tapiberapakah harga yang harus di bayar untuk semua itu ? fikir-fikirkan
Kita terlalu leka kerana kerana kelekaan itu, kita menjadi statik dan lemah, mudah di pengaruhi dan di perkudakan.Menjadi bangsa yang kuat kita haruslah bersatu hati, mana-mana yang tidak kena harus dibincangkan melalui perundingan, mana-mana yang kurang baik kita perbaiki bukannya dengan hentam-menghentam antara satu sama lain yang akhirnya siapa-siapa pun tak menang, tiada berkeputusan dan perpecahan menjadi teruk dan orang ketiga bertepuk tangan gembira.
Adakah kita tidak malu dengan bangsa lain yang menjadi penonton drama politik orang melayu yang boleh kita catatkan dalam buku sejarah generasi akan datang?
Perpecahan ini amat memalukan bangsa kita, adakah kita sedar yang orang ketiga sentiasa menunggu saat ini. Kita sudah boleh melihat semua ini, kerana ingin memenuhi cita-cita politik sanggup mengatakan haram jadi halal, dulu kata tak boleh sekarang kata boleh, menjadi Mr YES MEN, NO PROBLEM, I SUPPORT YOU, I TRUST YOU , ORAIT ...... etc.. etc
Kalau kita lihat pihak ketiga masih dengan prinsip dan perjuangannya bagaimana dengan kita seolah-olah mengatakan aku redha asalkan aku dapat menjatuhkan BN.
Berbaloikah mengadaikan bangsa dan agama sendiri untuk politik ?
Dato your comments, pls ...
http://perhatijauh.blogspot.com/
Inilah cakap-cakap sumbang yang sering diperkatakan diakhir-akhir ini. Sedarlah bahawa mengikut amalan demokrasi yang sepatutnya menjadi MB/KM di Perak ialah dari DAP kerana memangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak. Tidakkah bertuah namanya PAS sebagai parti minoriti diberi peluang meneraju negeri Perak, atas kebijaksana Istana Perak.
Kalau benar pemberi tempoh pegangan tanah itu ialah 999 tahun, ia belum lagi digazetkan lagi, dan boleh diperbetulkan kepada yang lazim diamalkan di negara ini - 99 tahun kebiasaannya.
Kalaulah sesudah 50 tahun merdeka kita masih lagi berfikir berbau perkauman, sampai bila kita nak maju dan berjaya. Kalau semasa pembentukan kerajaan baru diujudkan rundingan secara beradap dapat dipersetujui kenapa sekarang mula pula mencari helah dan berbau perkauman.
BN/UMNO akan bertepuk tangan jika Kerajaan Pakatan Rakyat tersungkur. Sudah diberikan peluang untuk memerintah, buatlah kerja dengan baik. Janganlah bercakar sesama sendiri.Sejarah telah membuktikan kerjasama UMNO dan PAS lebih pedih daripada berkerjasama dengan PKR dan DAP.
PAS pedih berkerjasama dengan BN ?
Jadi suka berkawan dengan DAP. Baguslah bersetongkol dengan DAP sehingga PRU13 nanti. Rakyat Perak dah tak yakin dengan PAS .. ada alasan orang Melayu Islam tak undi PAS pada PRU13..
Baguslah PAS berbangga Nizar jadi MB .. Menjadi boneka dan Mr Yes Men .. pelaksana agenda DAP ..
Asmkm.Tuan hj.syabas ada blog sendiri
salam dato'.....apa yang saya lihat sekarang PAS macam tunduk kepada tekanan DAP. sepatutnya PAS yg menjadi kepala besar dlm pakatan rakyat.Apa yg PAS ckp x da siapa bangkang dalam PR. Barulah hebat.bukannya meletakkan Anuar Ibrahim sebagai kepala. bersambung..........
tu la sapa suruh pangkah yang bukan-bukan... kan dah kena...
elok bn memerintah.. bagi pakatan rakyat yang tah apa-apa tah.. elok lagi kalau pas di kelantan dan kedah.. jag bersatu dengan dap dan pkr depa bohong kuat..
lagi satu nak ke orang-orang pas menerima an"war" (kerana kuat perang) jadi PM malaysia.. jadi ke negara islam yang pas inginkan? pikir la sendiri bak kata ahmad nabil.. kalau saya orang pas baik saya suruh pemimpin pas je memerintah.. xmau orang lain (dari parti dalam gabungan pr)
Dato' hang ni memang MEMALUKAN PAS dan MENIKAM PAS dari belakang. Hang tak layak jadi PEMIMPN PAS. hang patut LETAK JAWATAN..sila baca ni...
http://usahmadawang.blogspot.com/2008/07/umno-perak-berbohong-dan-menyebar.html
salam dan selawat atas Nabi junjungan, apa korang ni...hentam tanpa waras baru baca sikit dah pandai buat tafsiran...mana korang dapat bukti sampai nak menuduh PAS tunduk di tangan DAP , ni semua org. UMNO ni dalam komen ni..selidik dulu cakap ikut emosi jer tak kemana ...sekarang zaman fitnah melambung2,kawan2 yg.dikasihi berhati2 bila berkata2 takkan tak selidik punya hal dapat saham tak pasal2..selawat
p/s:'usha' blog ni..http://usahmadawang.blogspot.com/2008/07/umno-perak-berbohong-dan-menyebar.html
well said pedang malam...
contoh wakil umno yng cuba memecahbelahkan PAS dan memberi komen yang tak masuk akal..ialah
"perhati jauh".....
rajin menaip panjang panajang...dok berfikir pun biarlah panjang....dan waras
Kepada Fusilad dan pedang.malam anda tentunya pengikut fanatik PR. Kalau ada merasakan komen saya tidak masuk akal adalah hak anda untuk berkata.
Tetapi begitu jelas yang anda lah sebahagian penyokong kemusnahan bangsa melayu. Of courselah anda berdua amat sakit hati apabila membaca komen saya kerana ia betul dan mencabar sokongan anda kepada PR. Kalau tidak masuk akal takan nak marah kot kan ......
yg buat kontrak selagi ada bulan dan bintang ialah kontrak cina tipu melayu. sewa tanah melyu dan adakan kontrak macam tu la.
dulu kena TIPU SEKARANG PUN KENA TIPU.
Assalamu'alaikum.
Saudara, sebagai seorang pimpinan tertinggi PAS, saudara sepatutnya tahu kemana komen sepatutnya dihalakan. Sepatutnya saudara dapatkan dahulu maklumat sebenar dari pimpinan PAS Perak. Bukankah mereka satu parti dengan saudara?Tindakan saudara ini hanya mengundang fitnah kepada perjuangan PAS.Tulisan saudara akan menyebabkan sebahagian masyarakat Melayu akan mengaggap pimpinan PAS tak tahu memerintah. Yang untungnya UMNO kerana mendapat simpati rakyat dalam hal ini.
Setahu saya lot-lot yang diberikan hak milik kekal itu ialah lot rumah, bukannya lot kebun .Lot-lot itu telah didiami mereka sejak sebelum merdeka lagi. Hak milik kekal diberikan bukan sahaja kepada penduduk kampung Baru, tetapi penduduk kampung-kampung tersusun yang penghuninya kebanyakan orang Melayu juga diberikan hak yang sama, malah kalau dibandingkan di antara keduanya, penduduk Melayu lebih ramai lagi mendapat munafaatnya.
Rasanya kalau ditakdirkan PAS tewas di Perek dalam pilihanraya akan datang, saudara juga mempunyai saham kerana mewujudkan
persepsi negatif dikalangan rakyat tehadap kepimpinan PAS di Perak.
Wassalam.
Abg Stopa,
Politiking hok macang tu le. Name pong politik. Politik cara Malaysia.
Projek kambin dgn abg mat said, macam mane..orang kapung gyoyat lagu tu le..ambe dok pasti.
Post a Comment